Hello Guest! Welcome to our Website.
Something you might want to know about us.
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Nk sambung bercerita!!

| 0 comments | Saturday, June 5, 2010
|

Aku nak sambung bercerita tentang kehidupan aku ni...Sebelum tu,aku nak ucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya ke Genting Highland nanti..Sejuta tahniah aku ucapkan.Sejuta je tau...!!(hahaha)

Anyway,ni cerita semasa aku pegi library hari ape ek???Aku lupalah..Tapi hari tu aku a little bit 'badmok' sebab masa aku mula-mula masuk library mood aku ok lagi..Habis masa jer kelas 2S kesayanganku tu pun keluar.Pada hari tu,Cg Umi xde...Jadi aku mintak Cg relief bawa kelas kitorang pergi library sekali lagi sejurus selepas kitorang keluar library..

Masuk je library,tengok-tengok dah penuh so terpaksalah bercampur ngan kelas form 1?..Oleh yang demikian,aku duduk setable ngan manusia yang aku maksudkan dalam post aku sebelum ni.Classmates aku yang begitu supportives ni apa lagi...kutuk aku secara tersirat..Atma ini macam nak menjerit pun ada...Tension giller!!!

Habis je tempoh kelas aku di library,aku pun apa lagi..angin satu badan lah jawabnya...Pagi tu pulak Cg ??????? kutuk aku kat public...malu satu badanlah aku ni...
Tapi,perkara yang berlalu biarkan berlalu..!!Betul x??

Lupe nak post..!!

| 0 comments | Thursday, May 27, 2010
|

Sori sebab dah lama x post kat blog ni.Sibuk post kat blog yang satu lagi.One more thing,sebenarnya aku lupa pass word bagi blog ni..Ni pun baru ingat.Terjumpa dalam buku nota.Xpelah,anyway aku akan cube update blog ni mase cuti nnti..!!bye n c u soon.!!

Cerita Fantasi!

| 0 comments |
|

Alangkah gembiranya hati ini apabila mengetahui tentang keputusan peperiksaan yang telah diterbitkan.Suhu di hati bagaikan suhu di Lautan Atlantik terletaknya di kutub utara.Bertambah manis hati ini apabila mengetahui seorang hamba Allah telah mulai rappat dengan diriku.Hatiku manis semanis kurma.

Tetapi apabila mengetahui bahawa Benjo berjaya memintas aku dari segi kedudukan dalam batch...
hati menjadi panas.Tambahan lagi dengan kutukan yang aku terima berkaitan dengan seseorang..termometer bergelegak menanti pecah.Tetapi perisitiwa yang berlalu biarkan berlalu...Aku akan cuba mengubah peristiwa yang telah berlalu.

Sahabat atau Kawan??

| 0 comments |
|

Dua frasa yang membawa dua diskripsi berbeza...Mungkin ada yang berpendapat bahawa dua frasa yang hanya dibedakan dengan sebutan,bilangan huruf,dll...Tetapi sebenarnya maksudnya juga berbeza.Sukar untuk mencari seorang sahabat tetapi kawan??...Bagaikan pasir di tepian pantai.Aku ingin memetik kata-kata warden kesayangan form 2,Cg.Shah menyatakan bahawa kawan hanya boleh memerlukan kita sekiranya dia berada dalam kesusahan.Tetapi kita sebagai seorang insan yang mempunyai daya pemikiran kelas pertama boleh berfikir secara waras,apa yang kita perlukan dalam hidup yang penuh pancaroba ini??Sahabat atau kawan??

Sudah tentu wajib bagi anda semua menjawab sahabat bukan???Ya,sahabat yang akan membantu kita dalam menelusuri ranjau kehidupan yang mencabar ini..Aku baru sahaja mengalami satu peristiwa di mana aku telah menemui seorang KAWAN bukan sahabat yang aku cari selama ini.Insan yang bernama .... ini hanya memerlukan aku semasa dia berada dalam kesusahan.Sebagai contoh,dia meminta buku latihan aku semasa dia tergesa-gesa hendak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Itu baru satu contoh yang aku berikan.Tetapi,buat pengetahuan semua,bukan dia sahaja KAWAN yang aku maksudkan,ramai lagi KAWAN yang tidak perlu aku terangkan di sini.Biarlah,aku masih berada dalam ekspedisi mencari seorang SAHABAT.

My lifez as Naz3em

| 0 comments | Sunday, March 14, 2010
|

Aku dilahirkan di Kuala Terengganu pada tanggal 17/11/96.Dengan berat 4.75kg,aku dapat melihat kecantikan dan keunikan dunia ciptaan Yang Maha Esa.Seterusnya,aku melanjutkan pelajaran ke pusat pendidikan Smart Reader dan pada umur 6 tahun,aku ke darjah Satu.

Selajutnya,aku melanjutkan pelajaran ke darjah Satu sekali lagi dengan rasminya pada tahun 2003.Di SK Padang Hiliran tempat aku menimba pelbagai ilmu tentang kehidupan dan lain-lain.Terima kasih kepada guru yang aku sayangi.Selepas menerima keputusan 5a dalam UPSR,aku menerima tawaran untuk menyambung pelajaran ke MCKK.Pada masa itu,apalah MCK bagiku.

Setahun berada di sana bagaikan sedekad.Pelbagai nama panggilan telah aku terima.Antaranya.....(alah,biar aku sahaja yang tahu)

Pada tahun kedua di sana,hidup yang aku jalani mula terasa sekejap.Hari demi hari aku jalani pancaroba kehidupan yang akan mendidik aku menjadi seorang insan yang berguna pada masa hadapan.Senior yang menghuni blok Big School telah mengajar junior mereka menjadi 'budak koleq' sebenar.

Sambutan Maulidur Rasul

| 0 comments |
|

Pada tanggal 12 RabiulAwal,seluruh warga fakulti menyambut Hari Kelahiran Rasullullah S.A.W.Sambutan yang dimulakan sejak seminggu lagi telah mendapat sambutan yang impresif dari semua penuntut.Pelbagai pertandingan telah diadakan.Antaranya,pertandingan nasyid,azan,kuiz dan lain-lain.

Pada hari kemuncak,penuntut dibawa berarak diketuai oleh Mr.Anonymous diikuti oleh semua umat Muhammad S.A.W.Perarakan yang dimulakan pada jam 8.30 pagi telah membawa satu ribu satu memoir dalam ingatan semua penuntut.Sepanduk yang dibuat oleh warga fakulti mempunyai lima wakil iaitu dari 1014,0913,0812,0711 dan 0610.

Seterusnya,kami berkumpul di Dewan Inderapura yang tersegam indah di dalam kawasan blok pentadbiran.Di sana,kami berselawat dan menerima keputusan para juri yang menentukan pemenang bagi anugerah sepanduk@banner tercantik.Seterusnya,kami dihidangkan dengan tayangan filem ilustrasi Nabi Junjungan yang direka oleh pakar perfileman di luar negara.

Hari bersejarah itu diakhiri dengan persembahan nasyid yang amat teruk......(realiti).Jadi,memori pada hari itu telah terpahat dalam ingatan semua penuntut di fakulti yang akan kekal gemilang sehingga ke akhir zaman...

Liku Hidup Penuntut Fakulti 09ONE3

| 0 comments | Saturday, March 13, 2010
|

Dihuni oleh 109 ahli,fakulti pendidikan yang dibina pada tahun 209 menerima penuntut semester pertama pada tanggal 12/1...dan 25/1.Pada tahun 2009,para penuntut dikehendaki untuk tinggal di sebuah blok baru yang dibina untuk para penuntut tinggal di dalamnya.Blok itu diberi nama PrEp ScHoOl.

8 orang intelengensia dari Residen Cube yang merupakan badan kepimpinan tertinggi di fakulti ini telah ditugaskan untuk menjaga takuk kepemimpinan di blok yang telah siap dibina pada kurun ke-16 lagi.Saudara Eone telah diberi mandat untuk mengetuai semester pertama penuntut di sini.Cara pemerintahan yang beliau jalankan tidak dipersetujui oleh ahli Residen Cube yang lain.Peraturan yang telah ditetapkan juga tidak diikuti malahan dilonggarkan lagi.Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati penuntut penuntut di fakulti 0812,0610 yang menjalani kehidupan mereka dengan penuh dugaan dan cabaran.

Tamatnya semester pertama,semester kedua penuntut di fakulti 0913 disambung lagi di sebuah blok yang baru dibina iaitu New Hostel.Pada semester kedua,perubahan drastik telah berlaku apabila Mr.Anonymous yang diberi kepercayaan untuk menjadi kapten dalam Residen Cube telah urge semua ahli residen agar takuk kepimpinan semester pertama tidak dicontohi pada tahun ini.Pada tahun ini juga pelbagai perubahan akan berlaku pada bangunan yang terdapat dalam fakulti ini kerana ini disejajarkan dengan bandar Casseiopeia yang memegang nama sebagai bandar tercantik di dunia.

Pada tahun ini juga,tiga lagi residen telah ditubuhkan.Residen Lilin Pendidik ditugaskan untuk meningkatkan tahap ilmu penuntut sejajar dengan gelaran FBT (Fakulti Berkelajuan Tinggi).Residen Tabung pula diberi mandat untuk menjaga kebajikan penuntut sepanjang berada di fakulti ini.Satu lagi residen yang mempunyai ole terpenting dalam menjaga akhlak,sahsiah dan akidah penuntut ialah Residen Nur.Para penuntut mempunyai fakulti yang tersendiri.Mereka akan menuntut di sini selama 5 semester dan keluar dari fakulti sebagai seorag yang berjaya.Berikut adalah nama fakulti yang wujud pada tahun 2010..

1014
0913
0812
0711
0610

 

Followers